People commented the post

Posts related

Mesyuarat Majlis Warga Emas di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Mesyuarat ini cukup penting dalam merangka perancangan untuk menghadapi negara kita yang menuju negara tua. Kita mesti bersedia terutama perihal ekonomi dan kebajikan.

Mesyuarat Majlis Warga Emas di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Mesyuarat ini cukup penting dalam merangka perancangan untuk menghadapi negara kita yang menuju negara tua. Kita mesti bersedia terutama perihal ekonomi dan kebajikan.

Majlis perjumpaan bersama warga kerja KPWKM dan kumpulan sasar KPWKM. Memperkasakan kumpulan sasar antaranya termasuk kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas sentiasa menjadi fokus utama pihak kementerian. 
Segala polisi dan agenda yang dilaksanakan digariskan untuk mencapai matlamat ini.

Majlis perjumpaan bersama warga kerja KPWKM dan kumpulan sasar KPWKM. Memperkasakan kumpulan sasar antaranya termasuk kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas sentiasa menjadi fokus utama pihak kementerian. Segala polisi dan agenda yang dilaksanakan digariskan untuk mencapai matlamat ini.

Kami mendengar.

Golongan OKU merupakan kumpulan sasar yang sentiasa mendapat perhatian khusus kerajaan khususnya KPWKM. Bagi merangka polisi yang lebih berkesan, siang tadi diadakan Sesi Dialog bersama Persatuan dan NGO OKU.

Segala input daripada mereka akan diberi sepenuh penelitian demi memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Kami mendengar. Golongan OKU merupakan kumpulan sasar yang sentiasa mendapat perhatian khusus kerajaan khususnya KPWKM. Bagi merangka polisi yang lebih berkesan, siang tadi diadakan Sesi Dialog bersama Persatuan dan NGO OKU. Segala input daripada mereka akan diberi sepenuh penelitian demi memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Ziarah Hj. Anuar Zalik, pejuang reformasi tegar yang ketika ini berada di zon merah Hospital Selayang.

Semoga Allah memberikan kesembuhan dan kekuatan buat Hj. Anuar Zalik.

Ziarah Hj. Anuar Zalik, pejuang reformasi tegar yang ketika ini berada di zon merah Hospital Selayang. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan kekuatan buat Hj. Anuar Zalik.

Saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dihadiri Menteri-Menteri yang berkaitan. Matlamat hanya satu, mencari solusi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Alhamdulillah beberapa perkara telah dipersetujui dalam mesyuarat hari ini.

Pertama, penambahbaikan program QFish ke seluruh negara. Program ini akan stabilkan harga ikan dan kurangkan impak peningkatan kos sara hidup pengguna.

Kedua, Majlis Tindakan akan membuat penilitian khusus pelaksanaan inisiatif Program Barangan Asas 100 (BA100). BA100 boleh mengurangkan harga barangan, kurangkan peranan orang tengah, serta membolehkan koperasi mengeluarkan sendiri barangan keperluan asas.

Ketiga, Majlis Tindakan menerima cadangan Kementerian Pengangkutan bagi menguatkuasa pelesenan terminal dan mengawalselia caj yang dikenakan pengendali terminal. Kadar tambang Electric Train Services (ETS) turut akan disemak.

Saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dihadiri Menteri-Menteri yang berkaitan. Matlamat hanya satu, mencari solusi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Alhamdulillah beberapa perkara telah dipersetujui dalam mesyuarat hari ini. Pertama, penambahbaikan program QFish ke seluruh negara. Program ini akan stabilkan harga ikan dan kurangkan impak peningkatan kos sara hidup pengguna. Kedua, Majlis Tindakan akan membuat penilitian khusus pelaksanaan inisiatif Program Barangan Asas 100 (BA100). BA100 boleh mengurangkan harga barangan, kurangkan peranan orang tengah, serta membolehkan koperasi mengeluarkan sendiri barangan keperluan asas. Ketiga, Majlis Tindakan menerima cadangan Kementerian Pengangkutan bagi menguatkuasa pelesenan terminal dan mengawalselia caj yang dikenakan pengendali terminal. Kadar tambang Electric Train Services (ETS) turut akan disemak.

KPWKM hari ini melancarkan video pendidikan seks untuk kanak-kanak di medium digital Youtube sebagai usaha terbaharu kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.

Pengetahuan dan kesedaran yang disampaikan melalui video ini merupakan perkara asas yang kanak-kanak perlu tahu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dan membantu mereka mengenal pasti tingkah laku mencurigakan yang sepatutnya dilaporkan.

KPWKM hari ini melancarkan video pendidikan seks untuk kanak-kanak di medium digital Youtube sebagai usaha terbaharu kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia. Pengetahuan dan kesedaran yang disampaikan melalui video ini merupakan perkara asas yang kanak-kanak perlu tahu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dan membantu mereka mengenal pasti tingkah laku mencurigakan yang sepatutnya dilaporkan.